Nak Buat Kejutan Hari Jadi Pada Kekasih, Tapi Lelaki Tak Sangka Dia Pula Yang Terima Kejutan

Jika anda sedang atau pernah berpasangan, hampir pasti anda pernah melakukan kejutan terhadap kekasih hati anda terutamanya pada hari istimewa seperti hari lahirnya, bukan?

Itulah yang mahu dilakukan oleh lelaki yang ingin membuat kejutan hari lahir buat kekasihnya baru-baru ini. Akan tetapi, beliau pula yang terkejut, dalam cara yang menyedihkan.

Kisah itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Ken Wong(@KenWong_). Beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar seorang lelaki dengan sejambat bunga.

Jika diperhatikan pada bahagian belakang lelaki berkenaan, kelihatan sepasang lelaki dan wanita sedang berpelukan erat yang mana perempuan itu dikatakan adalah kekasih lelaki dengan jambakan bunga tersebut.

Walaupun lelaki itu cuba untuk senyum semasa mengambil gambar, dia masih gagal untuk menyembunyikan kesedihannya dalam salah satu daripada gambar yang dimuatnaik.

Foto: @KenWong_

Kiriman itu telah menerima banyak kicauan balas yang menyatakan sokongan terhadap Ken Wong. Hakikatnya, lelaki dalam gambar itu bukanlah dirinya tetapi orang lain dan dia hanya berkongsikan kisah lelaki itu di akaun beliau.

Walau siapa pun lelaki dalam gambar itu, diharapkan agar beliau bersabar dengan dugaan ini dan terima perkara ini dengan hati yang terbuka.

Sumber: Twitter KenWong

Sumber : SiakapKeli