Gara-Gara Tak Tahan Sakit Senggugut, Dua Wanita ‘Sedut’ Darah Haid Guna Vakum

Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.

Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.

Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.

Sepanjang tempoh hadi, seseorang wanita itu akan mengalami sengugut dimana individu akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki.

Terbaru, dua orang wanita telah dikejarkan ke hospital setelah bertindak ‘menyedut’ darah haidnya bagi tujuan menghentikan rasa sakit senggugut dan mempercepatkan tempoh haid.

via GIPHY

Menurut seorang jururawat, tindakan tersebut hanya akan menjadikan keadaan lebih teruk.

Tuan-tuan… Tolong berhenti menggunakan hos vakum bagi menamatkan tempoh haid dengan lebih awal. Anda hanya akan mengeluarkan lebih banyak darah. Terdapat dua kes setakat minggi ini dan kedua-dua wanita terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Mohon dihentikan.

Kaedah ini sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 70-an sebagai cara untuk proses pengguguran. Namun, sudah jelas bahawa langkah ini terdedah kepada bahaya yang boleh menjejaskan tubuh badan manusia.

Tempoh haid anda mempunyai alirannya tersendiri dan tubuh badan akan bertindak balas dengan sendirinya. Vakum cuma meningkatkan aliran sehingga 1,000 kali di mana badan tidak boleh menerimanya.

Sumber: Elite Readers

Sumber : SiakapKeli