Pengganas Christchurch Mengaku Tidak Bersalah Bunuh 51 Orang, 29 Mac Lalu

Lelaki yang terlibat dalam serangan masjid Christchurch mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan pembunuhan  menembak mati 51 orang Muslim ketika solat Jumaat di masjid Christchurch.

Dia yang hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi rangkaian audio visual dari penjara kawalan ketat di Auckland, Brenton Tarrant mendiamkan diri ketika peguamnya, Shane Tait memberitahu bahawa tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Mahkamah juga diberitahu bahawa penilaian kesihatan mental terhadap Tarrant adalah wajar untuk dibicarakan atas pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, Hakim Cameron Mander telah menetapkan 4 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan. Sementara itu, Tait menyangkakan ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

Tarrant telah ditahan sementara menanti tarikh 15 Ogos untuk hadir semula di mahkamah bagi tujuan penilaian kes. Mander juga telah melarang agensi berita dari merakam atau mengambil foto penampilan Tarrant.

Sumber: AFP

Sumber : SiakapKeli