Kumpul Duit Kahwin Sehingga RM 33,000 Dalam Tempoh Dua Tahun? Pemuda Ini Kongsi Pilihan Untuk Anda Cuba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Habis sahaja graduasi pada umur awal 20-an, rata-rata anak muda masih dalam fasa menstabilkan kewangan masing-masing. Namun belum cukup simpanan, ada pula suara-suara yang asyik bertanyakan bila mahu berkahwin.

Ramai yang sanggup membuat pinjaman peribadi untuk majlis idaman masing-masing hingga terbelenggu hutang berpuluh ribu setelah perkahwinan. Akibatnya, mulalah bergaduh menyalahkan satu sama lain apabila duit untuk membeli susu dan lampin anak tidak mencukupi.

Susu bayi berharga kira-kira RM 80 setin. Sebulan perlukan 3-4 tin. Sekurang-kurangnya RM 300 untuk susu bayi. (Gambar: Irish Times)

Oleh itu, Perunding Hartanah, saudara Harith Faisal berkongsi beberapa idea untuk anda cuba. Berikut merupakan perkongsiannya.

Banyak kali dah saya pesan, mula simpan duit kahwin segera walaupun kau belum jumpa calon yang sesuai. Sebab satu hari nanti kau akan berkahwin juga kan.

Laki ke, pompuan ke, dua-dua kena buat tabung kahwin ni. Perlu ada rasa tanggungjawab. Kau nak bina hidup bersama, tapi modal seorang saja keluar. Banyak cantik!

Simpan cara biasa. Seorang simpan RM500 sebulan, dua tahun dah dapat RM12,000. Sekali dengan pasangan, boleh dapat RM24,000. Tak cukup, simpanlah lebih.

Kalau kau dan pasangan guna ASB Financing, dapatlah total RM33,000. Kalau simpan dalam Tabung Haji, dapatlah total RM24,314. Ikut mana kau selesa nak buat.

Siapa yang kerja kat bank mesti tau, ramai sangat orang kita ni yang terhegeh-hegeh pergi buat personal loan puluh ribu sebab nak kahwin tapi tak cukup duit pula.

Gambar hiasan. (Gambar: Shaadidukaan)

Kalau tak buat personal loan pun, mesti pinjam duit kat mak ayah, kawan, saudara-mara. Dah menyusahkan orang lain pula. Bayar hutangnya belum tentu lagi tu.

Kau dapat sedap dapat pujian, tapi orang lain pula yang kena bagi hutang kat kau. Lepas tu buat-buat lupa bayar. Sampai anak dah habis SPM pun kau masih hilang ingatan.

Kau dah tau kau nak kahwin. Bila tarikhnya, dengan siapa orangnya, lantakkan dulu. Tapi kan kau ada niat nak kahwin. Apa salahnya buat terus tabung kahwin.

Tip ni untuk yang memang ada niat nak kahwin. Kalau kau rasa nak membujang sampai bila-bila, bolehlah abaikan ya. 

Sumber: Harith Faisal

Sumber : SiakapKeli