Samsung Kini Menyangkal Galaxy Fold Akan Dilancarkan Semula Pada Bulan Julai

Masalah pada skrin menyebabkan Samsung Galaxy Fold ditangguh jualannya sejak bulan April yang lalu. Terdapat ura-ura peranti yang dengan skrin boleh dilipat di pasaran ini akan dilancarkan pada bulan Julai. Tetapi menurut laporan Korea Herald, Samsung telah menyangkal ura-ura ini akan berlaku.

Ini membuatkan Galaxy Fold masih tidak mempunyai tarikh pelancaran rasmi dengan Galaxy Note 10 secara tradisinya akan dilancarkan pada bulan Ogos. Adalah tidak strategik untuk melancarkan Galaxy Fold serentak dengan Galaxy Note 10 . Apa yang diketahui setakat ini ialah Samsung menemui komponen Galaxy Fold yang perlu diubah sebelum ia dijual semula. Berita baik bagi mereka juga ialah dengan sekatan ke atas Huawei, pelancaran global Mate X juga kini tidak pasti akan berlaku.

Sumber : Amanz