9 Tips Penting Untuk Anak Korang Selamat Bermain Di Rumah

Anak merupakan suatu amanah yang dikurniakan oleh tuhan untuk dijaga serta di didik oleh ibu bapa agar menjadi seorang insan yang berguna di muka bumi ini.

Pelbagai risiko yang merbahaya boleh terjadi jika anak-anak kita dibiarkan bebas didalam rumah tanpa di bawah pengawasan kita. Pelbagai kes yang melibatkan kecuaian atas kesilapan oleh ibu bapa sering terjadi kepada anak-anak.

Justeru daripada itu, setiap ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

Oleh kerana kanak-kanak tidak pandai untuk membezakan peralatan-peralatan di rumah yang boleh membahayakan mereka, kebarangkalian untuk kejadian yang tidak diingini itu boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Untuk memastikan keadaan di rumah anda sentiasa selamat untuk anak-anak anda bebas bermain, ikuti tips-tips keselamatan untuk anak-anak anda ketika berada di rumah yang dikongsi oleh Polis Diraja Malaysia:

AWASI KESELAMATAN ANAK ANDA DI RUMAH

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah terdedah dengan risiko kemalangan dalam rumah yang memerlukan perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa.

Seringkali kita terbaca di dada-dada akhbar atau di media sosial kes kanak-kanak tertelan duit syiling, terjatuh dari tingkap/ balkoni rumah, terkena air panas, lemas di bilik air, terjerut tali penyidai langsir dan sebagainya. Malahan, ada antara kes tersebut membawa kepada kecederaan yang serius hingga meragut nyawa.

Admin kongsikan beberapa tip keselamatan untuk anak-anak ketika berada di rumah.

1. TAB MANDI
Kanak-kanak berisiko untuk lemas walaupun kedalaman air kurang dari 2 inci. Untuk mengelakkan kemalangan, JANGAN sesekali tinggalkan anak anda berseorangan di dalam tab mandi walaupun untuk beberapa saat.

2. SOKET ELEKTRIK
Pastikan soket elektrik ditutup dan letakkan penutup soket terutama soket yang rendah dan mudah dicapai.

3. LACI
Sentiasa pastikan laci dan almari dilekatkan ke dinding supaya ia tak terjatuh di atas anak.

4. TALI BIDAI TINGKAP
Jika anda ada bidai atau langsir di rumah, pastikan anda ikat tali lebih tinggi supaya ia tak boleh dicapai oleh anak.

5. PAGAR KESELAMATAN
Pasang pagar keselamatan untuk elak anak anda masuk ke dapur dan kunci laci dan kabinet. Pastikan cerek dan kuali panas jauh dari capaian anak.

6. BUCU PERABOT
Letakkan perlindungan pada bucu perabot yang tajam. Mungkin ia akan kelihatan tak cantik pada perabot tapi yang penting anak anda akan selamat.

7. UBAT-UBATAN
Sentiasa pastikan ubat-ubatan diletakkan di dalam laci yang berkunci dan tidak dapat dicapai oleh anak.

8. KACA
Jangan beri anak anda menggunakan pinggan atau cawan kaca kerana ianya mudah pecah dan kanak-kanak boleh tercedera.

9. OBJEK KECIL
Pastikan objek kecil seperti duit syiling, kerongsang dan butang baju tidak diletakkan merata-rata untuk megelak anak anda memasukkan ke dalam mulut mereka.

Pastikan keselamatan anak anda di rumah dan jangan biarkan mereka terdedah dengan bahaya. Anak anda adalah tanggungjawab anda.

Sumber: FB PDRM

Sumber : SiakapKeli