Polis Tahan Haziq Abdullah Di KLIA

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah dengan mengaitkan seorang menteri Kabinet, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu ditahan bagi mengambil keterangan dan membantu siasatan kes video yang dikaitkan dengan dirinya.

“Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PKR Santubong berusia 27 tahun itu tampil membuat pengakuan menerusi satu video yang dikongsinya dalam media sosial bahawa dia terbabit dalam video intim bersama lelaki mirip seorang menteri.

Sumber: Bernama

Sumber : SiakapKeli