“Bersyukur Ke Hadrat Allah Di Atas Kurnian Ini,” Isteri Sultan Muhammad V Dedah Nama Putera Sulung

21 Mei 2019 lalu merupakan tarikh keramat di mana Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Isteri baginda, Rihana Oksana Petra selamat menerima kelahiran putera sulung mereka.

Berita gembira berkenaan tentunya sudah diketahui oleh umum apabila ianya dikongsi sendiri oleh Oksana menerusi laman Instagramnya. Instagram di atas nama @rihanapetra itu mula dibuka sejak 4 Jun lalu.

Menerusi Instagram terbabit, Oksana telah memaklumkan bahawa putera mereka telah diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Di dalam tulisannya, Oksana menyatakan bahawa kehidupannya benar-benar berubah setelah menjadi seorang Ibu. Beliau turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah di atas kurniaan istimewa itu kepadanya dan suami.

Melalui postnya yang terbaru, Oksana menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pengikut (followers) beliau di laman instagram di atas ucapan dan doa mereka.

“Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt.”

Sumber : Rihana Oksana Petra

Sumber : SiakapKeli