Kriptowang Facebook Dilaporkan Menerima Sokongan Daripada Visa, Mastercard Dan PayPal

Facebook telah diperkatakan bakal hadir dengan penawaran kriptowang tersendiri, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat transaksi kewangan antara negara dengan lebih mudah – termasuk untuk pemindahan antara rakan-rakan, atau pun untuk pembelian barangan.

Terkini, menurut laporan WSJ, ia dikatakan Facebook telah mula menerima sokongan untuk kriptowang berkenaan daripada sejumlah syarikat, termasuk Visa, Mastercard, PayPal dan juga Uber.

Sebuah konsortium akan ditubuhkan dalam memantau kriptowang berkenaan, selain mana kriptowang berkenaan akan turut diikatkan dengan mata wang sebenar dunia untuk mengelakkan harganya berubah secara drastik seperti beberapa kriptowang pada hari ini.

Facebook diperkatakan akan berkongsi lanjut mengenai kriptowang mereka seawal bulan Jun 2019 ini.

Sumber : Amanz