Xiaomi Hadir Dengan Poco Launcher 2.0 Dengan Sejumlah Pembaharuan

Poco Launcher adalah pelancar dan antaramuka khusus yang ditawarkan oleh pihak Xiaomi bersama-sama peranti Pocophone F1 sebelum ini. Ia hadir terbina pada peranti berkenaan, selain turut ditawarkan melalui Google Play Store untuk semua pengguna mengujinya pada peranti masing-masing.

Terkini, pihak Xiaomi turut telah melancarkan Poco Launcher 2.0 untuk semua, sekaligus menyertakan beberapa pembaharuan bersama-sama dengannya.

Poco Launcher 2.0 menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, antaramuka yang dikemaskini, selain sokongan mengawal gambar latar ketika mengakses talam aplikasi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Poco Launcher 2.0 Beta hari ini melalui Google Play Store, sekaligus menguji pelbagai fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

Muat-Turun Poco Launcher di Play Store

Sumber : Amanz