Sejumlah Alamat Emel Pengguna Tertiris Disebabkan Kelemahan Sekuriti Aplikasi “Shot On OnePlus”

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar OnePlus, anda mungkin sedia mengenali akan aplikasi “Shot on OnePlus” yang hadir bersama-sama dengannya. Melaluinya, ia memudahkan pengguna untuk merakamkan gambar menggunakan peranti OnePlus mereka, sebelum memuat-naik supaya ia dikongsikan bersama komuniti OnePlus yang lain.

Terkini, melalui penemuan pihak 9to5Google, ia dilihat aplikasi berkenaan meniriskan sejumlah alamat emel milik pengguna OnePlus yang menggunakan aplikasi tersebut. Ketirisan ini disebabkan oleh penggunaan API pada aplikasi berkenaan yang tidak melalui penyulitan menyeluruh, sekaligus mendedahkan alamat emel kepada sesiapa yang mempunyai akses API berkenaan.

Ia dikatakan yang mana pihak OnePlus telah mengemaskini API berkenaan dan kini ia tidak lagi memaparkan alamat emel penuh pengguna, dan telah mula menyembunyikan sebahagian daripadanya. Buat masa ini, tiada sebarang laporan berkenaan penyalahgunaan data pengguna OnePlus oleh pihak ketiga.

Bagi anda sendiri yang menggunakan peranti OnePlus, adakah anda pernah menggunakan aplikasi “Shot on OnePlus” berkenaan?

Sumber : Amanz