Mengapa Einstein Bukan Suami Yang Baik?

Pada 14 Mac merupakan hari ulangtahun
kelahiran Albert Einstein dan 6 hari sebelum itu adalah Hari Wanita Sedunia (8
Mac).

Pada perkahwinan pertamanya, Einstein
berkahwin dengan Meliva Maric – satu-satunya pelajar wanita di Zurich
Polytechnic dan satu-satunya pelajar yang lebih cemerlang oleh Einstein dalam
matematik. Ketika Einstein tidak dapat menjadi pensyarah setelah tamat
pengajian kerana sikapnya yang suka memberontak, beliau bekerja dia pejabat
paten.

Di sinilah bermulanya tahun keagungan
Einstein kerana dalam masa setahun, Einstein telah menghasilkan 4 buah kertas
kajian yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam dunia saintifik –
kewujudan molekul, relativiti khas, pembuktikan kuantum dan kesaksamaan jisim
tenaga.

Teapi jangan tidak tahu, hasil
daripada penemuan agung ini, isterinya Meliva telah memberikan sumbangan yang
besar terutamanya dalam membangunkan rumusan matematik.

Einstein akui, kalau setakat
penjelasan fizik, dia boleh pergi. Tetapi kalau matematik, dia perlukan bantuan
isterinya. Ini bukan bermaksud Einstein lemah matematik seperti popular
diketahui umum. Matematiknya sangat bagus, tetapi isterinya jauh lebih cemerlang.

Yang menyedihkan, Einstein tidak
pernah mengkreditkan isterinya dalam hasil kajiannya. Ini sangat melukakan
perasaan Meliva. Malah, bagi Meliva, itu boleh bagi loncatan kepadanya untuk
menjadi saintis ternama. Saintis merupakan cita-citanya sejak kecil. Ayahnya
pernah merayu pada sekolah dan universiti supaya Meliva dapat belajar – masa
itu wanita susah nak dapat hak pendidikan.

Untuk pengetahuan semua, Meliva tidak
berminat untuk bercinta kerana dia mahu mencapai cita-citanya dulu. Walau
bagaimanapun, Einstein tetap berusaha untuk buatkan Meliva jatuh cinta.
Akhirnya berkahwin.

Einstein dan Meliva bercerai bukan
sebab ini tetapi kerana Einstein tidak dapat menanggung beban rumahtangga jaga
anak dan rumah bersama. Einstein terlalu fokus kepada kajian. Tambah lagi,
Einstein mempunyai perempuan lain iaitu sepupunya sendiri – Elsa.

Marie Curie – penerima dua Anugerah
Nobel berbeza dan penerima Anugerah Nobel wanita yang pertama – merupakan idola
Meliva. Kalau ikutkan, tahap kecerdikan mereka memang setaraf. Tetapi mereka
berakhir pada destinasi yang berbeza. Marie menjadi saintis ternama, Meliva
pula jadi isteri kerja di dapur. Kenapa?

Kerana suami.

Ketika Pierre Curie dianobatkan
sebagai calon Anugerah Nobel, Pierre menyatkan kepada Yayasan Nobel bahawa
penemuannya dalam radiasi adalah kerana jasa isterinya yang sangat besar. Pierre
tidak akan menerima anugerah tersebut kalau anugerah itu tidak dikongsi bersama
isterinya. Akhirnya, Marie menjadi wanita pertama yang menerima Anugerah Nobel.
Malah, menjadi satu-satunya saintis yang menerima dua Anugerah Nobel dalam
bidang berbeza.

Sumbangan Meliva dalam kajian Einstein
adalah hal perdebatan kerana tidak dipastikan sejauh mana sumbangan Meliva
dalam membangunkan kajian-kajian Einstein ketika tahun 1905.

Apa-apa pun, para gadis di luar sana,
pilihlah lelaki yang boleh melonjakkan kalian menjadi individu yang lebih baik.
Orang yang sokong cita-cita kalian. Orang yang sentiasa membantu kalian untuk
mencapai matlamat kalian.

RUJUKAN

  1. Isaacson,
    W., & Holton, G. (2009). Einstein: his life and universe. American
    Journal of Physics
    77, 95-95.
  2. Inspirasi daripada laman
    Twitter; https://twitter.com/DrChiemeziem/status/1103600080437813248?s=20&fbclid=IwAR0m9Ir-rMQtG-OGN_m_s0pmX9KxmZRubIYpwrdqkO0v9CfQvD0tMbaSnyo

The post Mengapa Einstein Bukan Suami Yang Baik? appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots