Vivo Z1 Pro Akan Menggunakan Cip Snapdragon 712

Cip Snapdragon 710 ialah cip kelas pertengahan dengan prestasi hampir tahap mercu kerana dilengkapi teras Cortex A76 yang turut ditemui pada Snapdragon 845. Terdapat beberapa peranti di pasaran sekarang dengan cip ini seperti Vivo Z5X. Terkini peranti Oppo Z1 Pro akan dilancarkan di India dengan cip baharu Snapdragon 712.

Vivo Z1 Pro adalah sebuah Vivo Z5X yang diberikan kemas kini pemproses yang lebih berkuasa. Selain itu kamera hadapan dipertingkatkan ke 32-Megapixel berbanding 16-Megapixel. Turut disahkan ialah penggunaan bateri sebesar 5000 mAh dengan pengecasan 18W.

Sumber : Amanz