Gambar Sebenar Google Pixel 4 Tertiris

Google mengambil langkah aneh dengan mengesahkan rekaan Pixel 4 selepas imej pengolokannya tertiris awal. Peranti ini kelak akan menjadi Pixel pertama menggunakan sistem tri-kamera dengan bonjolan berbentuk empat segi sama seperti rekaan iPhone 2018 yang juga telah tertiris. Gambar sebenar Pixel 4 akhirnya tertiris selepas gambarnya diterbitkan oleh laman 9to5Google.

Ia sekali lagi mengesahkan sistem kamera baharu pada peranti Pixel yang disusun dalam bonjol berbentuk empat segi. Walaupun gambar hadapan tidak diambil, ia dikatakan masih hadir dengan sistem dwi-kamera hadapan seperti pada Pixel 3 XL sebelum ini. Bahagian dahi yang besar turut dikekalkan. Secara tradisi peranti Pixel akan dilancarkan pada bulan Oktober dan semakin hampir kepada tarikah tersebut semakin banyak imej bakal tertiris.

Sumber : Amanz