Ibu tikam anak lelakinya 12 kali & penggal kepalanya kerana mahu menjadi perempuan

Seorang ibu didakwa memenggal kepala anak lelakinya berusia 9 tahun, selepas menikamnya 12 kali kerana mangsa memberitahu yang dia mahu menjadi perempuan, lapor Mirror.
Dalam kejadian yang berlaku pada 31 Mei lalu di Samambala, Brazil, ibu mangsa, Rosana Candido, 27, dilaporkan meminta bantuan kekasihnya (perempuan), Kacyla Pessoa, 28, untuk menyiat kulit muka mangsa, Rhuan, 9, sebelum memotong anggota badannya. 
Mata mangsa juga dicungkil menggunakan pisau agar mayatnya tidak dapat dikenal pasti dan sebahagian anggota badannya dibakar di alat pemanggang. 
Namun, tindakan mereka itu gagal menghapuskan mayat lalu mereka mengambil keputusan untuk menyumbat mayat Rhuan dalam tiga buah beg. Salah satunya dicampak ke pembentungan, manakala dua lagi beg masih disimpan di rumah.
Selepas ditahan, Candido dan Pessoa mengaku membunuh mangsa dan kini mereka berdepan dengan dakwaan membunuh, mendera dan cuba menghapuskan mayat mangsa. 
Selain itu, mereka juga didakwa cuba memotong alat sulit Rhuan tahun lalu dalam satu pembedahan yang dilakukan mereka sendiri. 
Candido dan Pessoa berkata, mereka membunuh Rhuan kerana mangsa mahu menjadi perempuan. Candido menjelaskan dia berasa terbeban dan langsung tidak mempunyai rasa sayang terhadap Rhuan yang merupakan anak hasil daripada kejadian rogol. 
Sementara itu, bapa Rhuan yang tinggal di Acre berkata, Candido melarikan diri dengan Rhuan selepas dia hilang hak penjagaan terhadap anaknya itu, untuk tinggal bersama pasangan songsangnya, Pessoa yang juga mempunya anak perempuan berusia 9 tahun.

Sumber : TheReporter