Bayi ‘Dipotong’ Keluar Hidup-Hidup Daripada Mayat Ibu Meninggal Dunia

Setelah dua bulan bergantung dengan alat sokongan hidup, seorang bayi yang pernah ‘dipotong’ keluar dari rahim ibunya telah disahkan meninggal dunia. Bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia di Chicago, Amerika Syarikat pada Jumaat lepas kerana kegagalan fungsi otak.

Terdahulu, ibuya Marlen Ochoa-Lopes, 19 telah dibunuh oleh seorang wanita dan anaknya yang telah menyamar sebagai seorang penjual barangan bayi. Mangsa bertemu dengan suspek setelah dijanjikan untuk diberikan pakaian bayi percuma menerusi laman Facebook.

Mangsa dipercayai telah dijerut dengan menggunakan kabel sehingga maut. Disebabkan itu, bayi di dalam kandungan yang berusia sembilan bulan itu telah dikeluarkan daripada rahimnya hidup-hidup menggunakan pisau pemotong daging.

Kematian bayi tersebut telah menimbulkan rasa sedih dalam kalangan keluarga. Menurut seorang wakil daripada keluarga itu, keadaan bayi tersebut merosot teruk dalam tempoh seminggu yang lalu.

Sumber: BBC

Sumber : SiakapKeli