Mingguan Amanz – Red Magic 3, Xiaomi Mi 9T, Xiaomi Mi Band 4

Xiaomi pada minggu ini telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Xiaomi Mi 9T. Ia hadir dengan penawaran spesifikasi pertengahan, tetapi menyertakan sokongan kamera berkuasa 48-megapixel.

Bersama-sama dengan telefon pintar, Xiaomi kini turut telah memperkenalkan gelang tangan pintar dengan skrin berwarna, iaitu Mi Band 4.

Selain Xiaomi, pihak Samsung turut telah memperkenalkan telefon pintar mampu-milik mereka, iaitu Samsung Galaxy M40. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di India sahaja.

Di Malaysia, pihak Nubia telah mula menawarkan Red Magic 3 yang hadir dengan fokus terhadap permua, sementara Motorola pula hadir dengan Moto G7 Power dengan penawaran bateri sehingga 3 hari penggunaan.

AMD pada minggu ini telah berkongsi beberapa kad grafik terbaru mereka, selain turut menyatakan penawaran mereka bakal menguasakan PlayStation generasi baru kelak. AMD juga turut telah hadir dengan cip pemprosesan terbaru dengan sokongan 16-teras bersama dengannya.

HP pada minggu ini telah melancarkan beberapa produk terbaru, termasuk yang mencuri perhatian adalah komputer riba dengan rekaan berasaskan kulit.

Dan akhir sekali, kini Facebook mengumumkan ciri “Blood Donations” yang memberikan notifikasi kepada penderma darah berdaftar apabila bekalan darah diperlukan.

Sumber : Amanz