Ketahui Perkara-Perkara Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang Dalam Mendidik Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak ibarat permata yang begitu bernilai buat ibu  bapa. Lebih-lebih lagi buat pasangan yang baru menimang cahaya mata, tentunya kehadiran si kecil akan menyempurna dan menyerikan lagi kehidupan berumahtangga.

Anugerah yang dikurniakan ini merupakan amanah dari Maha Pencipta untuk disayangi dan dididik dengan sebaik-baiknya. Ianya juga adalah dugaan mahupun ujian untuk melihat sejauh mana kita mampu menjaga pemberian yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Muhammad Hassan yang gemar berkongsi nasihat dan tips tentang rumah tangga telah menceritakan kisahnya untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Menurutnya:

Kita semua sayang anak kan? Sedar tak mungkin hari ini kita banyak terlepas untuk curahkan kasih sayang terhadap mereka.

Lagi 1-2 jam anak-anak akan mula tidur. Sebelum mereka tidur panggil mereka sekejap atau pergi ke bilik mereka. Sebab mungkin ada di antara kita hari ini Jerit,cubit anak 2-4 tahun sebab sepahkan rumah, Sempahkan baju yang baru kita lipat,pakaian yang baru kita gosok dan buatkan kita letih sebab nak mengempeng sepanjang hari.

Gambar Hiasan

Rotan anak dengan amarah sebab mereka merokok,malas solat,malas mengaji,malas kemaskan rumah dan basuh pinggan,malas baca buku,malas pergi sekolah. Boleh jadi ada yang rotan mereka sehingga berbirat sebab telah memalukan kita dengan perangai mereka.

Malam ini sebelum tidur pergilah kepada mereka. Pergilah dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta kepada mereka. Turunkan amarah dan ego kita.

Pegang tangan mereka. Minta maaf kepada mereka diatas apa yang telah kita lalukan.

Jika anak dewasa peluk mereka,cium dahi mereka,terangkan kepada mereka dengan nada yang sayu kenapa kita pukul dan marah mereka. Zahirkan dengan kata-kata betapa kita terlalu sayangkan mereka. Betapa kita mengambil berat tentang mereka.

“Abi minta maaf rotan muhammad sebab tidak solat tadi. Abi sayang muhammad lebih dari diri abi,jika muhammad tidak solat,siapa akan bantu abi jika abi mati malam ini,siapa nak bantu umi jika umi mati malam ini”

Gambar Hiasan

Tuan puan. Bayangkan mangsa-mangsa kebakaran itu adalah anak kita. Bagaimana untuk lalui kehidupan malam ini dan hari-hari akan datang tanpa suara mereka,tanpa kerenah mereka,tanpa perangai ‘nakal’mereka. Tanpa perangai merajuk mereka.

Mulai esok tiada siapa lagi minta duit dari kita,tiada lagi yang ajak kita pergi mall,beli permainan yang mereka suka.

Tiada lagi gelak tawa dan suara jeritan memanggil kita untuk ajak bermain. Mulai esok tiada lagi yang melompat-lompat atas katil kita,atas sofa dalam rumah kita.

mulai esok tiada siapa lagi sepahkan rumah, Mulai esok tiada lagi orang yang panjat belakang kita. Mulai esok bau bantal mereka,selimut mereka mulai pudar dari deria kita. Mulai esok tiada lagi yang cium pipi,tangan kita,peluk tubuh kita dengan erat. Mulai esok tiada lagi orang yang akan ajak kita keluar makan.

Saya pernah kehilangan seorang anak. Anak yang pernah memanggil nama saya, pernah tarik janggut saya.

Pernah kencing atas ribaan saya. Pernah gigit jari saya. Pernah air liurnya masuk kedalam mulut saya. Itu saya,belum ibunya lagi.siang malam penat untuknya,sakit untuknya.
Namun anak ini telah pergi buat selamanya,anak ini sedang bergembira bersama tuhannya.

Gambar Hiasan

Tuan puan,hargai mereka,sayangilah mereka. Jadilah pendengar yang setia setiap keluhan mereka,jadilah rakan dan tempat senda gurau mereka. Peluk dan ciumlah mereka malam ini.

Didiklah mereka dengan sepenuh kasih sayang,jangan sekali naik tangan ke muka mereka kerana ini dilarang oleh Rasul kita. Sayangi dan cintai mereka Kerana Allah dan Rasul.

Moga mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah yang akan menyelamatkan kita.

Sumber : Muhammad Hassan

Sumber : SiakapKeli