Honor 20 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 21 Jun Berharga RM1699

Peranti Honor 20 dilancarkan di Malaysia pada 23 Mei lalu tetapi tarikh jualan tidak diumumkan. Hari ini Honor Malaysia mengesahkan ia akan akhirnya dijual bermula 21 Jun ini pada harga RM1699.

Honor 20 merupakan telefon pintar berskrin 6.26-inci dengan rekaan skrin berlubang, cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan 128GB, kamera utama 48+16+2+2 Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel, bateri sebesar3750mAh yang dilengkapi sokongan pengecasan SuperCharge 22.5W.

Pembeli di Malaysia akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM500 dalam bentuk Hoonor SoundStone Portable Bluetooth Speaker, Honor Band 4 dan beg galas Honor. Warna yang ditawarkan di Malaysia pula ialah Midnight Black dan Sapphire Blue.

 

Sumber : Amanz