(Video) ‘Mak, nak minta duit belanja’ – Remaja kantoi, ibu potong 4 paket kondom yang ditemui dalam dompetnya

Ketika memeriksa dompet anak lelakinya, wanita Filipina ini terkejut apabila menemui empat paket kondom di dalamnya. 

Sebelum penemuan itu, remaja terbabit, King Perez, 19, meminta duit belanja dari ibunya yang kemudian pergi memeriksa dompet Perez, apakah benar anak lelakinya itu benar-benar memerlukan wang. 
Alangkah terkejutnya si ibu apabila menemui empat paket belon pencegah kehamilan itu lalu mengajak anaknya berbincang mengenainya. 
Tidak didedahkan mengenai isi perbincangan yang berlangsung selama dua jam itu, tetapi si ibu bertindak memotong kondom tersebut selepas Perez mengalah. 
Jelas Perez, ibunya bertindakan demikian kerana tidak mahu dia terlibat dengan aktiviti seks sebelum berkahwin. 
“Dia dibesarkan dari keluarga ultraconservative dan dia tidak mahu anaknya melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Saya tahu dia bertindak seperi itu kerana hanya mahukan yang terbaik untuk saya,” kata Perez. 


Sumber: King Perez

Sumber : TheReporter