Rekaan Mirip Masjidil Haram, Ini Masjid Terbaru Yang Sedang Dibina Di Kelantan

Tentunya semua umat Islam mempunyai impian untuk memenuhi Rukun Islam kelima iaitu memunaikan ibadat haji di tanah suci Makkah. Bagi sesiapa yang pernah menjadi tetamu Allah di tempat mulia ini sudah pasti ianya akan menjadi memori terindah yang akan dikenang sampai bila-bila.

Namun sayangnya tidak semua orang terpilih untuk ke sana disebabkan beberapa kekangan.

Masjidil Haram di Makkah (Gambar : Media Konsuman)

Semasa melaksanakan ibadat haji mahupun umrah, tetamu-tetamu Allah ini ‘dijemput’ untuk mengunjungi dan beribadat di Masjidil Haram. Masjid Al-Haram atau Masjidil Haram ini terletak di Kota Makkah yang dibina mengelilingi Kaabah yang merupakan Qiblat umat Islam.

Masjidil Haram ini mempunyai menara indah yang salah satunya dinamakan Bab Al-Umrah yang didirikan pada tahun 706 Masihi oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas.

Dikatakan bahawa menara ini dibaiki pada tahu 1172 Masihiu dan 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552. Namun, ianya telah diganti dengan bangunan baru namun namanya tetap dikekalkan oleh Sultan Sulaiman [1].

Bab Al-Umrah, salah satu pintu masuk ke Masjidil Haram (Gambar : Flicrk)

Terbaru, Kelantan Darul Naim atau popular dengan gelaran Kota Serambi Makkah ini dikatakan bakal memiliki sebuah masjid yang mirip dengan Masjidil Haram.

Masjid yang dibina di daerah Gua Musang itu bakal siap dibina tidak lama lagi. Nama yang dipilih untuknya  adalah Masjid Tengku Razaleigh ini mengambil inspirasi design dari ‘Masjidil Haram, Mekah’. Ia dikatakan bakal menjadi mercu tanda pintu masuk Negeri Kelantan.

Ini adalah gambar-gambar terbaru binaan tersebut:

 

Rujukan 

[1] Damluji, Salma Samar ed. (1998). The Architecture of the Holy Mosque Makkah. London: Hazar Publishing Limited.

Sumber : Yayasan Al-Khalifah

Sumber : SiakapKeli