U Mobile Melancarkan GoPayz – Perkhidmatan Kewangan Setempat Dengan Kemudahan Pembayaran Digital

Hari ini, U Mobile Berhad – syarikat telekomunikasi telah mengumumkan mereka bakal melancarkan ekosistem Fintech bermula Julai ini. Terdapat dua platform yang akan dilaksanakan, platform tersebut adalah GoPayz dan GoBiz.

Perkhidmatan yang ditawarkan  merangkumi beberapa perkhidmatan mudah kepada pengguna. Kedua-dua platform ini tampil dengan peranan yang berbeza. GoPayz berfungsi sebagai dompet digital  yang menawarkan beberapa perkhidmatan kewangan dan segmen gaya hidup digital kepada pengguna. Manakala GoBiz pula adalah platform penyelesaian kepada penerimaan pembayaran digital iaitu secara nirtunai, ia dibentuk untuk manfaat pelbagai jenis perniagaan, baik perniagaan besar mahupun kecil.

Untuk makluman anda juga, melalui pelaksanaan perkhidmatan tersebut pihak U Mobile turut menawarkan GoLife Plus iaitu insurans mikro pada kadar RM13 dengan jumlah perlindungan sebanyak RM76,000. Wujudnya ekosoistem sedemikian, U Mobile berazam untuk menjadikan kewangan digital sebagai sebahagian daripada platfom kepentingan kepada pengguna dengan lebih mudah diakses, mampu dimiliki dan inklusif bagi kegunaan semua pihak.

Buat masa ini, pautan pada perkhidmatan dan produk ini masih belum dapat diakses lagi. Untuk pengetahuan anda ia akan mula beroperasi pada bulan hadapan.

Layari: U Mobile – GoPayz

Layari U Mobile – GoBiz

Sumber : Amanz