Paten Terbaru Huawei Memperlihatkan Rekaan Peranti Boleh-Lipat Baru

Huawei pada acara MWC 2019 telah memperkenalkan Huawei Mate X dengan rekaan peranti boleh-lipat. Namun peranti ini nampaknya telah ditunda kepada bulan September kerana ingin mengelakkan isu yang berlaku seperti Samsung Galaxy Fold.

Walaupun pelancaran peranti ini terpaksa ditangguhkan, Huawei nampaknya masih tidak menghentikan sebarang pembangunan peranti boleh-lipat ini. Sebagai persediaan untuk hasilan peranti boleh-lipat yang seterusnya, sebuah paten baru daripada Huawei telah tertiris ke arena web.

Paten ini menunjukkan bahagian luaran peranti yang boleh dilipat ke dalam. Tidak seperti Mate X, ia tidak mempunyai rekaan bingkai pada bahagian sisi, sekaligus memberi paparan yang lebih imersif ketika berada di dalam mod telefon.

Buat masa ini, ia tidak dapat disahkan sama ada ia akan hadir dalam bentuk peranti akhir. Namun sekiranya ia berjaya menjadi realiti, kita mungkin akan dapat melihat alternatif Huawei Mate X dengan rekaan yang ditambahbaik.

Sumber : Amanz