Bernilai Puluhan Bilion Ringgit, Pemilik Misteri Kapal Layar Termahal Didunia Ini Didakwa Adalah Rakyat Malaysia?

History Supreme, sebuah kapal layar yang didakwa sebagai yang termahal di dunia, dikatakan diselaputi oleh sekitar 100,000 kg emas, platinum dan perhiasan permata.

Tidak cukup dengan itu, sebuah patung atau arca yang dihasilkan daripada tulang dinasour asli, Tyrannosaurus rex atau T-Rex yang didapati dari Arizona, USA turut menghiasi bilik tidur utama kapal layar berkenaan.

Sekeping tulang peha dinosaur berkenaan sahaja dilaporkan bernilai lebih kurang $68,000(~RM284,000).

Foto: Stuart Hughes

Selain itu sebahagian besar daripada bahagian dalaman kapal layar ini dihiasi dengan pelbagai lagi perhiasan bernilai tinggi termasuklah sebuah akuarium yang diperbuat daripada 68kg emas 24 karat.

Maka tidak hairanlah ia diiktiraf sebagai kapal layar termahal di dunia ketika ini. Menurut World Maritime Affairs, History Supreme ini dinilai pada harga $4.8 bilion(~RM20.05 billion).

Kapal berkenaan telah direka oleh pereka terkenal UK, Stuart Hughes. Menurutnya, kapal itu mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan memakan kos kira-kira $3 billion(~RM12.5 billion).

Foto: Stuart Hughes

Namun, apa yang mencuri tumpuan ialah kapal layar ini dikatakan dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia. Akan tetapi, identiti sebenar pembelinya tidak diketahui, walau oleh Stuart Hughes sekalipun. Malah, dunia juga tidak mengetahui sama ada pembeli pada 2011 itu masih menjadi tuan kepada kapal mewah ini ataupun sudah melepaskannya kepada pemilik yang lain.

Melihat kepada harganya, hanya enam(6) orang rakyat Malaysia sahaja yang mampu memilikinya jika menurut laporan Forbes. Mereka ialah Robert Kuok yang memiliki aset berjumlah RM52.35 billion, Tan Sri Quek Leng Chan(RM38.4 billion), Tan Sri Teh Hong Piow(RM27.4 billion), T. Ananda Krishnan(RM25.3 billion) serta Tan Sri Lee Shin Cheng(RM22 billion). 

Jadi, siapakah pemilik sebenar kapal layar termahal dunia ini? Tiada siapa yang mengetahuinya ketika ini.

Sumber: Business Insider, World Maritime Affairs, Stuart Hughes

Sumber : SiakapKeli