TERKINI: Bekas Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi Meninggal Dunia Ketika Perbicaraan

Mohammed Morsi, 67, bekas presiden Mesir yang digulingkan oleh tentara pada 2013 meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah hari ini.

Menurut laporan media antarabangsa, beliau dikatakan pengsan setelah sesi mahkamah di mana dia didakwa bawah tuduhan pengitipan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati.

Morsi merupakan satu-satunya presiden yang dipilih melalui demokrasi di Mesir menewaskan pemimpin ketenteraan negara tersebut, Hosni Mubarak dan digulingkan kembali oleh rejim tentera diketuai Fattah As-Sisi.

Selain hanya sempat berkhidmat selama setahun, organisasi Ikhwanul Muslimin yang diketuainya turut diharamkan.

Sumber: BBC

Sumber : SiakapKeli