(Video)Menakjubkan, Petani Ini Berjaya Bina Mesin Khas Panjat Pokok Yang Sangat Unit

Seorang petani di India mempunyai cara yang tersendiri dalam menangani masalah yang dihadapinya ketika ingin memetik buah pinang dan tidak lagi perlu bergantung kepada kaedah memanjat menggunakan kudrat manusia seperti yang dilakukan sebelum ini.

Ganapathi Bhat, berjaya melakukan pengubahsuaian terhadap beberapa bahagaian motosikal termasuk enjin dan berjaya menghasilkan sebuah mesin memanjat pokok yang unik dan menarik.

Berbekalkan sedikit ilmu dalam bidang sains dan kejuteraan, beliau dilaporkan hanya memerlukan masa selama tujuh bulan untuk menyiapkan mesin tersebut.

Membuka peluang rezeki yang lebih besar, mesin berkenaan tanpa sebarang masalah boleh mengangkut manusia untuk memetik buah pinang pada ketinggian 100 kaki kini mula menarik minat para petani yang tinggal berjiran dengannya.

Jentera tersebut juga dikhabarkan boleh digunakan untuk memetik buah kelapa.

Difahamkan Ganaphati bakal menjual jentera tersebut pada harga RM 4,450 seunit. Saksikan aksi Ganaphati membuat demonstrasi mesin hasil ciptaannya melalui video dibawah.

Sumber: New York Post

Sumber : SiakapKeli