#GodamSahur 2019 Menyaksikan Lebih 12 Projek Berjaya DIbangunkan

#GodamSahur merupakan salah satu aktiviti hackathon ringkas berasaskan komuniti yang telah diadakan pada bulan Ramadan 2019 lepas. Ia menerima sokongan meluas daripada komuniti pembangun, termasuk daripada DevHub, JomWeb, InstaWeb, Slurp, Tazkirah dan juga ML Studios.

Sepanjang 25 hari cabaran #GodamSahur ini berlangsung, ia telah memperlihatkan seramai 93 orang menyertainya, dan dalam tempoh berkenaan, sebanyak 12 projek telah dibangunkan ke tahap MVP. Berikut merupakan antaranya:

Scrut

Scrut

Platform yang memudahkan anda menyemak keadaan dan sejarah sesuatu kenderaan recond dari Jepun.

Layari : Scrut

Surauku Pintar

Aplikasi yang memudahkan masyarakat untuk berhubung dengan surau-surau sekitar mereka dengan mudah.

Cuba : Surauku Pintar

Derma QR

Halaman setempat yang menghimpunkan kod QR untuk masjid dan surau, sekaligus memudahkan proses derma dilakukan.

Cuba : Derma QR

Foldable Powered Walker

Foldable Powered Walker

Alat yang memudahkan warga tua untuk bergerak, selain dilengkapi beberapa ciri-ciri pintar dan keselamatan tambahan.

Tonton : Foldable Powered Walker

Iftar

Aplikasi yang memudahkan anda membuat pilihan makanan untuk berbuka puasa.

Cuba : Iftar

Rakan Traffic Bot

Sebuah bot Telegram yang memudahkan laporan trafik dilakukan – dan turut menerima notifikasi sekiranya kenderaan anda dilaporkan dalam komuniti.

Cuba : Rakan Traffic Bot

Suku Kata Online

Suku Kata Online

Laman yang memudahkan penyusunan suku kata, sekaligus memudahkan pembelajaran dan sebutan perkataan.

Cuba : Suku Kata Online

Belajar Tajweed

Aplikasi ringkas yang memudahkan pembelajaran tajwid, selain turut dilengkapi kuiz untuk menguji pemahaman.

Cuba : Belajar Tajweed

JomKongsi

Sebuah platform yang memudahkan pengurusan derma dan sumbangan.

Cuba : Jom Kongsi

Masjid 360

Rakaman 360-darjah untuk menawarkan pengalaman realiti-maya sewaktu solat.

Tonton : Masjid 360

Digital Masjid

Aplikasi yang memudahkan anda melihat masjid atau surau berdekatan, selain aktiviti-aktiviti menarik disana.

Doktor Makanan

Aplikasi ringkas yang memudahkan pengguna menyemak sesuatu makanan dari segi nutrisi, seterusnya membuat pesanan terus melalui aplikasi sama.


Sumber : Amanz