(Video) ‘Babi punya betina, terkinja-kinja macam monyet!’ – Netizen selar wanita menganjing warga emas

“Kenapalah kau buat macam tu dekat orang tua. Mana sifat perikemanusiaan kau? Melampau betul,” demikian kata netizen yang kesal dengan tindakan seorang wanita yang mempersendakan wanita warga emas.

Video tersebut viral di media sosial sejak semalam selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook, Cik Pah Cik Ton (akaun telah dinyahaktifkan) yang menunjukkan seorang wanita yang didakwa penyelia pusat jagaan warga emas di Seremban itu mempersenda mangsa dengan mencubit payudaranya beberapa kali sambil terkinja-kinja, sambil dirakam oleh rakannya. 
Mangsa tidak menunjukkan sebarang reaksi ketawa, sebaliknya cuba menghalang dan memukul tangan wanita terbabit kerana bengang dengan perbuatannya yang tidak hormat pada orang tua. 
Ketika kejadian, rakan mangsa yang terlantar di katil, juga cuba menghalang wanita muda itu bertindak melampau. 
Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan wanita terbabit yang dikenali sebagai ‘Ina’, bertindak keterlaluan sehingga menimbulkan kemarahan mangsa. 
Sumber: Perak Press

Sumber : TheReporter