(Video) Gagal curi kereta, suspek lempar anak kucing ke dinding sehingga mati

Seekor anak kucing dilempar ke dinding sehingga mati oleh seorang individu yang berang perancangannya untuk mencuri sebuah kereta gagal. 
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 7 pagi Jumaat lalu di sebuah premis di Taman Bukit Beruang, Melaka dan suspek menunggang motosikal jenis Modenas Kris. 
“Ada seorang individu berbaju biru tidak dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan, nak mencuri kereta sewa di depan kedai makan. 
“Dia ingat kunci kereta itu ada di dalam laci. Tetapi bila cari, tak dapat jumpa,” kata Magu Mita II di Facebook Group Geng Viral Melaka. 
Tidak berpuas hati dengan perancangannya yang menemui kegagalan, suspek kemudian mengambil seekor anak kucing bernama ‘Bubu’, yang kebetulan berada di depan premis itu. 
Sumber mendakwa, suspek melempar kucing itu sekuat hati ke dinding premis sehingga menyebabkan haiwan kecil itu parah sebelum mati. 
“Dia tengok anak kucing duduk di tepi, dia ambil dan lempar ke dinding kedai. Apa salah kucing itu?
“Kucing itu dah mati, tak tahan sakit sampai terberak-berak,” katanya. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu kini viral di media sosial dan netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek. 

Sumber: Magu Mita II

Sumber : TheReporter