PDRM Kongsi 7 Tips Beli Barang Online, Elak Jadi Mangsa Penipuan Atas Talian

Arus pemodenan yang telah dikecapi oleh negara kita pada hari ini menyaksikan pelbagai teknologi-teknologi moden yang dapat memudahkan apa jua urusan yang perlu diselesaikan dapat dinikmati oleh generasi pada masa kini.

Pada zaman dahulu, jika kita hendak menghantar surat, kita perlu ke pejabat pos. Jika kita hendak membeli makanan, kita perlu keluar dan membelinya di kedai makanan.

Namun kini, semua perkara itu boleh diselesaikan dengan hanya satu klik sahaja. Dalam era ‘dunia di hujung jari’ ini, segala-galanya lebih memudahkan. Hampir keseluruhan urusan atau permintaan boleh dipesan dari rumah dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.

Malahan, jika anda tiada masa untuk membeli belah atau malas untuk keluar rumah, terdapat pelbagai laman sesawang yang menawarkan pelbagai produk-produk menerusi pembelian atas talian.

Walaupun begitu, pasti ada risiko yang perlu ditanggung oleh pengguna yang hendak membeli barang secara atas talian ini. Sebelum membeli sesuatu barang secara atas talian, pastikan anda mengkajinya terlebih dahulu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara membeli barang secara atas talian dengan bijak, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh PDRM superti berikut:

Membeli-belah secara dalam talian (online) sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Variasi platform membeli-belah secara online jauh lebih mudah dan tidak membebankan dan lebih menjimatkan masa dan kos.

Barangan atas talian juga sering ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding di kedai kerana penjual tidak perlu membayar sewa kedai, mengeluarkan kos operasi yang tinggi seperti elektrik dan tenaga kerja.

Namun yang demikian disebalik, kemudahan ini masih terdapat beberapa isu terutama dari segi keselamatan.

Tidak perlu gusar kerana ianya boleh dicegah sekiranya anda mahir dengan selok-belok pembelian barangan secara online. Malahan anda boleh mendapat manfaat yang lebih hebat berbanding membeli barangan secara konvensional.

Di sini Admin kongsikan langkah-langkah bijak membeli barangan online untuk mengelak anda menjadi mangsa penipuan,

1. MEMBELI DARI LAMAN WEB YANG MEMPUNYAI SEKURITI

Sekiranya anda akan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat dan nombor kad kredit dengan sebuah syarikat, pastikan maklumat anda dilindungi dengan selamat oleh laman web tersebut.

Bagaimana anda tahu laman web tersebut adalah selamat? Semasa memasukkan maklumat kad kredit anda, terdapat dua tanda perlu mencari. Perkara pertama yang perlu dicari adalah alamat yang mempunyai “https:” pada awalan dalam bar URL. “https:” melambangkan bahawa laman web tersebut adalah selamat dan maklumat anda akan kekal rahsia.

Banyak laman web juga mempunyai simbol kunci yang tertutup dalam bar alamat mereka untuk menunjukkan bahawa laman web mereka adalah selamat.

2. SEMAK PENILAIAN KEDAI/ PERNIAGAAN ONLINE

Ulasan atau skala markah dari pihak ketiga dapat memberikan pamduan kepada pembeli.

3. SIMPAN RESIT PEMBELIAN DAN MEMERIKSA PEMBELIAN SEMASA PENGHANTARAN

Selepas membeli sesuatu barangan, pastikan anda menyimpan segala resit digital sebagai bukti pembelian.

Walaupun platform online menyimpan resit-resit ini secara automatik, anda dinasihatkan supaya menyimpan rekod-rekod tersebut bagi memudahkan anda untuk membuat rujukan atau memasukkan maklumat pencukaian dan menebus sesuatu jaminan.

4. LOKASI DAN MASA PENGHANTARAN

Semak tempoh penghantaran dan masa yang diiklankan oleh penjual bagi memudahkan anda menerima barang mengikut masa yang telah ditetapkan.

5. LAYAR MELALUI SAMBUNGAN SELAMAT

Sewaktu membeli belah secara online, anda seharusnya lakukannya melalui “secured network” dan elakkan untuk lakukan pembelian menggunakan komputer yang dikongsi.

Selain daripada itu, jangan lakukan pembelian online menggunakan sambungan melalui sambungan WiFi percuma seperti di kafe atau tempat awam.

Sambungan Wi-Fi di tempat awam adalah lebih berisiko kerana sesiapa sahaja yang berada di lokasi sama boleh memantau maklumat yang anda masukkan seperti maklumat perbankan atau kad kredit anda.

Oleh itu, lakukan pembelian online dan semua aktiviti perbankan atas talian melalui sambungan internet yang selamat, seperti di rumah anda.

6. KAEDAH PEMBAYARAN

Kad kredit adalah salah satu cara pembayaran paling selamat untuk pembayaran secara online. Pembayaran melalui cara ini meninggalkan rekod dengan bank dan sentiasa dilindungi daripada pembayaran yang tidak sah atas akaun anda.

Pastikan anda sentiasa memeriksa penyata kad kredit anda supaya tiada caj yang bukan kehendak anda dikenakan atas akaun anda.

Cara ini boleh membantu anda untuk mencari kesilapan anda dalam pembelian secara online.

7. PASTIKAN SYARIKAT JUALAN MUDAH DIHUBUNGI

Untuk mengetahui sama ada syarikat itu sah ia perlu mendedahkan lokasi fizikal mereka dengan alamat sebenar sama ada cawangan runcit atau lokasi ibu pejabat.

Ketahuilah bahawa jika anda memilih pilihan chat berbual untuk bantuan pelanggan, anda berkemungkinan berbual dengan robot, jadi pastikan bahawa soalan-soalan anda dijawab sepenuhnya dan ia adalah yang terbaik untuk mencatatkan perbualan itu.

Berhati-hati dengan syarikat-syarikat yang hanya boleh dicapai melalui borang kenalan.

Jadilah pengguna yang bijak dan sentiasa berhati-hati ketika melakukan urusan jual-beli secara online. Laporkan segera di balai-balai berhampiran jika anda menjadi mangsa penipuan.

Gambar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Sumber: FB PDRM

Sumber : SiakapKeli