Menyanyat Hati, Rihanna Kongsi Kekejaman Sedang Berlaku Di Sudan Ketika Ini Yang Tidak Dipandang Dunia

Di kala media antarabangsa tidak memberi perhatian yang serius terhadap pembunuhan beramai-ramai di Sudan, bintang terkenal, Rihanna menunjukkan solidariti terhadap isu tersebut.

Dalam kiriman story di Instagramnya beberapa hari lepas, Badgalriri berkongsi maklumat situasi di Sudan selain paparan skrin seorang pengguna Twitter yang menyuarakan kekecewaan ke atas kebisuan masyarakat dunia terhadap insiden ini.

Berikut merupakan paparan skrin story beliau.

Pembunuhan beramai-ramai di Sudan;

500 terbunuh

723 cedera

650 ditahan

48 wanita diperkosa

6 lelaki diliwat

1000 orang hilang

“Ini yang sedang berlaku di Sudan.

“Mereka menembak rumah orang ramai, memperkosa wanita-wanita, membakar orang, mencampakkan mereka ke dalam Sungai Nil seolah-olah mereka haiwan perosak, menyeksa, membuang air ke atas mangsa-mangsa, memaksa mereka minum air kumbahan, membuat keganasan di jalanan dan menghalang Muslim solat Aidilfitri.”

“Seorang kanak-kanak berusia enam tahun diperkosa 10 lelaki di Sudan dan dunia hanya mendiamkan diri. Kemanusiaan kita telah gagal berkali-kali tetapi peristiwa ini buatkan aku terdiam.”

Dalam kejadian tunjuk perasaan secara aman pada 3 Jun lalu, Mohammed Hashim Mattar, 26 dibunuh bersama 100 orang perusuh lain oleh pasukan keselamatan Sudan yang menentang kebangkitan pro-demokrasi dalam kalangan rakyat Sudan. Kematiannya membuatkan ahli keluarga dan rakan-rakannya menukar gambar profil mereka kepada warna biru – warna kegemaran Mohammed.

Ribuan pengguna media sosial menukar gambar profil mereka kepada warna biru dengan tangga pagar #blueforsudan sebagai tanda sokongan dan bersatu menentang kekejaman pasukan berkenaan.

Selain itu, Demi Lovato turut menukar gambar profil Instagramnya kepada warna biru sebagai menunjukkan solidariti kepada Sudan.

Foto: AFP
Foto: Crimethinc
Foto: AP
Foto: USA Today

Sumber: BBC, Hinata, Rihanna 

Sumber : SiakapKeli