Eviation Alice Ialah Pesawat Penumpang Elektrik Sepenuhnya

Dengan pengguna yang semakin cakna dengan pencemaran alam sekitar, pelbagai kenderaan elektrik telah dibangunkan dengan pesat sejak sedekad lalu. Kini lori, kereta, motosikal, basikal dan skuter elektrik boleh dilihat di seluruh dunia. Di acara Paris Air Show yang sedang berlangsung sekarang, pesawat elektrik Eviation Alice telah diumumkan secara rasmi.

Pesawat ini dilengkapi tiga kipas elektrik dengan dua pada hujung sayap manakala sebuah lagi pada bahagian buritan. Ia mampu membawa sembilan penumpang dan dua anak kapal. Berbekalkan bateri Li-ion 900 kWh ia mampu terbang dengan jarak perjalanan 1046 kilometer pada kelajuan maksimum 445 kmj. Dua jenis enjin elektrik bakal digunakan iaitu buatan Siemen dan magniX.

Model pengolokan telah dipamerkan di Paris Air Show dengan perancangan melakukan penerbangan pertama pada tahun 2021. Sekiranya ujian berjalan dengan lancar, Alice akan memulakan operasi seawal 2022.

Sumber : Amanz