Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Di Lima Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di lima(5) buah negeri pada malam ini.

Pengumuman amaran itu telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi mereka.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun(Terengganu), Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu(Johor) serta seluruh negeri Kelantan.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, penduduk di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Tongod, Telupid dan Kinabatangan(Sabah) serta Miri dan Marudi(Sarawak) juga diminta berjaga-jaga.

Ribut petir diramalkan berlaku di kawasan-kawasan tersebut sehingga jam 11 malam ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sumber : SiakapKeli