NVIDIA Akan Menyokong CPU ARM Bagi Pembangunan Adikomputer Cekap Tenaga

NVIDIA ialah nama yang amat sinonim bagi peminat permainan video tegar. GPU RTX mereka adalah yang pertama menyokong sistem raytracing masa nyata yang suatu ketika dahulu mengambil masa berminat untuk menghasilkan satu bingkai gambar. Tetapi ramai mungkin tidak tahun sebanyak  27648 GPU Nvidia Tesla V100 mereka digunakan pada IBM Summit yang merupakan adikomputer terpantas di dunia.

Di Persidangan Adikomputer Antarabangsa (ISC), NVIDIA mengumumkan mereka akan mula menyokong CPU keluaran ARM. Ini adalah bagi membantu penghasilan adikomputer berkelajuan exaFLOP yang menggunakan kuasa lebih cekap. Sebelum ini NVIDIA hanya menyokong pemproses menggunakan senibina X86 dan x86 dan IBM Power.

Selari dengan pengumuman ini, menjelang 2020 NVIDIA akan menyokong lebih 600 perisian dan rangka kerja pembelajaran mesin yang menggunakan senibina ARM. Dengan sokongan yang diumumkan hari ini, pembinaan adikomputer skalaexa yang cekap menggunakan tenaga dapat direalisasikan. Pada waktu ini 22 dari 25 adikomputer yang paling cekap menggunakan tenaga menggunakan GPU keluaran NVIDIA

Sumber : Amanz