Menggetarkan Jiwa, Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia

25 minit sebelum rebah, Dr. Morsi telah menyampaikan pidato yang menggetarkan jiwa ketika perbicaraan terakhir beliau yang disaksikan oleh beberapa wartawan Mesir yang berada di dalam mahkamah tersebut.

Antara perkara yang disampaikan dalam ucapannya ialah;

1. Kalian menuduh aku melakukan pengintipan dan bekerjasama dengan Hamas, tetapi kerajaan kalian sekarang turut bekerja bersama Hamas.

2. Kalian menuduhku atas apa yang berlaku di Sinai, tetapi kalian sendiri menyaksikan pembunuhan dan serangan di sana yang berlaku ketika aku telah dipenjara.

Militan membakar kenderaan di luar masjid Sufi di Bir Al-Abed, utara Sinai. Pertembungan antara militan dengan tentera Mesir membuatkan penduduk di Sinai tersepit dalam konflik tersebut. (Gambar: Mohamed Soliman)

3. Kalian menuduhku dalam peristiwa kejam di Mesir, kini kalian sendiri menyaksikan apa yang berlaku di gereja-gereja dan masjid (pengeboman) dan pengusiran penduduk di beberapa perkampungan dan kawasan di Mesir.

4. Kalian menggulingkan dan tidak membiarkan hariku berlalu tanpa seksaan di penjara. Kalian pura-pura tidak tahu apa yang berlaku. Kalian ingin membunuhku dengan pelbagai cara tetapi pada masa sama kalian juga takut reaksi yang akan berlaku.

5. Tiada sesiapa yang tahu bila kematian seseorang melainkan Allah. Dialah yang mengawal segalanya. Dan tidaklah kami ucapkan selain:

Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung dari setiap pelaku kezaliman dan penjahat-penjahat kudeta.

6. Aku yakin aku akan bertemu-Nya dalam keadaan bersabar dan berharap mendapat ganjaran. Aku yakin sepenuhnya akan bertemu dengan para penjahat itu di hadapan Allah, dan pada sisi-Nya akan tuntas segala perselisihan (dengan keadilan).

Hak asasi tahanan di Penjara ‘Kala Jengking’ tidak mendapat pembelaan. Rawatan dan ubat-ubatan tidak diberikan kepada pesakit kronik. (Gambar: CJPME Twitter)

7. Pesanku kepada anak-anak dan isteriku, Tuhan menjadi saksi cintaku buat kalian dengan sebuah cinta yang tidak diketahui kedalamannya kecuali hanya Allah sahaja. Betapa sering aku menderita tinggal di dalam penjara tanpa ubat-ubatan dan rawatan, tapi pada ketika itu aku hanya memikirkan kalian siang dan malam.

Aku tidak tahu bila kita akan berjumpa, dan kemungkinan kita akan berjumpa di syurga. Aku memohon kepada Allah, hanya kepada-Nya kita mengadukan kezaliman mereka yang zalim.

8. Sungguh, aku sampaikan kepada kalian bangsa Mesir yang agung, aku ulang kembali pesanan ini dan aku akan sentiasa tegaskan:

Bahawa kalian mampu menjalankan perubahan wahai pemuda-pemuda Mesir. Jangan biarkan dan kecewakan ibu-ibu yang anaknya syahid dalam perjuangan ini, dan mereka yang terzalimi. Sesungguhnya ketidakadilan hanya sementara, dan pengkudeta, akan datang kepada mereka hari kepastian. Tiada yang abadi kerana hanya Allah lah yang kekal lagi abadi.

9. Belum cukup pemerintahanku, banyak sekali usaha campur tangan asing dari banyak negara samada Israel, Amerika dan Arab. Mereka mencampuri banyak urusan Mesir dan membeli para pengkhianat untuk menghancurkan negara ini. Dan kini Mesir sebagaimana kalian saksikan setiap hari, kerosakan demi kerosakan terjadi, dan negara ini takkan pernah tenang kecuali dengan hilangnya pelaku kezaliman dan bebasnya mereka yang terzalimi.

10. Dan pesanan terakhir sebelum Morsi rebah ke lantai. Media televisyen Mesir merakam peristiwa tersebut tanpa menyiarkannya iaitu:

Aku hanya menunggu perjumpaan dengan Allah semata wahai para hakim. Celakalah hakim dunia (akan diadili) oleh hakim langit.

Kemudian saat itu beliau tidak bisa melihat lagi siapa yang dihadapannya, beliau mengangkat jari telunjuknya ke atas tinggi-tinggi dan jatuh ke lantai.

Menurut laporan Al-Jazeera, jenazah allahyarham dikebumikan di Perkuburan al-Wafaa Wa al-Amal, Kaherah, Mesir pada hari ini di mana para pemerhati kerajaan mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat tergesa-gesa menjalankan pengebumian tersebut tanpa kehadiran isteri Morsi.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Aamiin.

Sumber: Hatta Syamsuddin, Al-Jazeera

Sumber : SiakapKeli