Nelayan Temui Mayat Tanpa Pakaian Terapung

LANGKAWI – Satu mayat dipercayai lelaki ditemukan terapung pada kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika Tenggara Pulau Bumbun Besar, dekat sini petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Rozali Said berkata mayat itu ditemukan oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan di lokasi berkenaan pada 5 petang.

“Sebuah bot Maritim Malaysia telah diatur gerak ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut.

“Mayat yang ditemui dalam keadaan tidak berpakaian itu kemudian dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rozali turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Langkawi di talian 04-9662750.

Sumber : BERNAMA

Sumber : SiakapKeli