Google Hadir Dengam Pemalam Chrome ‘Suspicious Site Reporter’ Untuk Keselamatan Tambahan

Google Chrome adalah laman web yang popular. Ia digunakan oleh ramai orang dan mempunyai ciri dan fungsi yang banyak yang berguna. Namun Google Chrome bukan seperti Firefox yang memfokuskan sekuriti. Jika kita lihat kemaskini-kemaskini dan segala ciri/fungsi yang Firefox berikan, kebanyakannya adalah berkait dengan hal-hal sekuriti dan privasi.

Untuk itu, Google telah melancarkan pemalam ‘Suspicious Site Reporter’. Melalui pemalam ini, pengguna boleh melaporkan laman web yang dikhuatiri akan keselamatan dan privasinya. Ya, Google tetap mengesan setiap laman web yang dikunjungi pengguna – namun ia tidak begitu bagus dan tepat. Jadi dengan pemalam ini, pengguna sendiri boleh membuat laporan agar Google bertindak.

Walau bagaimanapun, pada pendapat saya – pemalam ini sepatutnya bukan hadir dalam bentuk pemalam. Ia sepatutnya terus terbina dalam Google Chrome itu sendiri, jika benar Google mengambil berat akan privasi dan keselamatan pengguna. Bersama-sama dengan pemalam yang dilancarkan ini, Google turut telah mengemaskini Google Chrome kepada versi 75. Versi ini turut memfokuskan keselamatan pengguna, dengan kemampuan memberi amaran kepada pengguna terhadap URL yang disyaki tidak selamat – seperti phishing.

Muat Turun Pemalam ‘Suspicious Site Reporter Untuk Chrome Di Sini

Sumber : Amanz