WhatsApp Kini Menghalang Operasi Talian Melaporkan Perokok Di Restoran Jabatan Kesihatan

Bermula 1 Januari 2019, merokok diharamkan di dalam lingkungan 5 meter dari restoran di seluruh negara. Bagi memudahkan proses penguatkuasaan, talian WhatsApp khusus untuk melaporkan kesalahan telah dibuka oleh pihak Jabatan Kesihatan Malaysia. Menurut laporan Free Malaysia Today, talian ini tidak lagi berfungsi kerana dihalang oleh pihak WhatsApp.

Apabila mesej dihantar, tiada tanda yang menunjukkan mesej dihantar kepada penerima. Ini besar kemungkinan kerana talian ini melanggar terma dan syarat WhatsApp yang tidak membenarkan ia digunakan untuk melanggar privasi pengguna lain. Wakil Kementerian apabila dihubungi FMT mengatakan mereka sedang berunding dengan pakar undang-undang untuk melihat bagaimana laporan masih boleh dilakukan oleh pengguna tanpa melanggar polisi WhatsApp.

Sumber : Amanz