‘Flight Delay’ Lebih 3 Jam, Lelaki Ini Berjaya Tuntut Wang Pampasan Lebih RM1000

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“If laughter is the best medicine, then travelling is the best stress reliver”

Melancong kini dikatakan sebagai antara salah satu untuk cara melepaskan stress dan terapi diri. Selain merehatkan diri dan mencari mencari ketenangan, ada juga yang pergi mengembara ke negara orang untuk melihat budaya dan cara hidup masyarakat di sesuatu tempat.

Lebih-lebih lagi kini, ramai anak muda yang mula mengikuti trend backpacking dan menggelar diri mereka sebagai backpackers. Kebanyakkan golongan backpakers ini selalunya akan mengembara ke pelbagai destinasi menarik seluruh dunia untuk memenuhi impian mereka.

Gambar : Lodge

Backpacking ini mula popular sekitar tahun 2015 kerana ia dikatakan lebih jimat. Backpackers ini selalunya akan mengembara secara solo dan minimalist. Ramai di antara mereka ini pergi berkelana semata-mata untuk mencari idea, insiprasi mahupun menenangkan diri untuk jangka waktu tertentu.

Bila bercakap mengenai mengembara, umum pastinya akan terfikir perjalanan yang dimulai dengan menaiki kapal terbang bukan? Dan kami pasti ramai di kalangan anda yang pernah mengalami atau tahu mengenai ‘flight delay’.

Gambar : IAE

Penerbangan delay, retimed atau cancelled slelaunya terjadi apabila ada perkara-perkara yang boleh mengganggu jadual penerbangan iaitu seperti faktor cuaca, teknikal, jenayah, keselamatan mahupun keadaan kecemasan lain.

Namun kami pasti, ramai di antara anda yang tidak tahu atau peka mengenai tuntutan yang boleh anda lakukan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan ini.

Sebagai penumpang, anda berhak untuk menuntut pampasan dalam pelbagai bentuk, tidak terhad hanya kepada wang ringgit, tetapi juga makanan, akses internet, penginapan dan lain.

Tetapi perlu diingatkan bahawa pampasan ini akan berkuatkuasa jika sesuatu penerbangan ini lewat (delay) melebihi dua atau tiga jam dan ianya bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

Gambar : Drake Legal

Seorang backpakers, Iqbal Mohd telah berkongsi pengalamannya sewaktu menghadapi situasi ini. dan beliau ternyata berjaya menuntut wang pampasan sebanyak RM1402.80 (mengikut rate semasa), penghantaran percuma ke hotel dan penginapan satu malam di hotel 4 bintang.

Iqbal Mohd telah menceritakan kisahnya ini dalam hantarannya di dalam sebuah group di laman Facebook. Menurutnya:

Buat backpackers yang ade flight delay lebih dari 3 jam di mana mana negara Eropah, please claim your right.

Jika flight delay more than 3 hours, korang akan dapat 300 euro. Kalau more than 6hours korang dpt 600 euro.

Pengalaman flight delay 24hb feb lepas di Istanbul. Flight kami sepatutnya 1.45, tetapi delay ke 3.30. Lepas tu delay lagi pukul 5 pagi. Selepas kali ketiga delay saya ke kaunter ‘berperang’ menuntut hak dan kepastian dari airlines adakah lepas ni konfem depart or delay lagi.

Gambar : Iqbal Mohd

Lepas bersilat mulut dengan orang turkish, kami dapat keluar airport, dapat 4/5 star hotel dan free transfer. Lepas tu bersilat mulut untuk dapatkan pampasan. Mula2 bagi dalam bentuk voucher, tapi by right, airlines kene bagi cash.

Alhamdulillah, pada 3 April 2019, saya dapat pampasan 300euro. Tengah menanti pampasan untuk luggage rosak pulak. So, sila tuntut kalu ade flight delay. Nanti diaorang buat senyap je.

Disebabkan ramai bertanya details, untuk claim 300/600euro ni. Hanya terpakai jika kes berlaku di negara euro dan boleh google law ni untuk maklumat lanjut. EC Regulation 261/2004.

Sumber : Bal Mohd

Sumber : SiakapKeli