HMD Memindahkan Data Pengguna Ke Finland Untuk Menambah Baik Tahap Keselamatan Data

HMD pada hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan data pengaktifan dan prestasi peranti pengguna ke Google Cloud di Finland. Pengurusan data ini adalah tertakluk kepada peraturan privasi data daripada EU termasuk General Data Protection Regulation (GPDR).

Antara telefon terawal yang dapat menikmati pengurusan data terbaru ini ialah Nokia 4.2, Nokia 3.2, dan Nokia 2.2. Sejumlah peranti berjenama Nokia yang lain juga akan dapat menikmatinya, selepas peranti-peranti ini menerima kemaskini Android Q bermula akhir tahun ini.

Data-data pengguna yang diterima oleh HMD ini akan disimpan dengan lebih selamat pada pelayan Google Cloud di Hamina, Finland. HMD juga telah berkerjasa dengan firma CGI untuk menambah baik pengurusan data pada peranti berjenama Nokia sedia ada dan akan datang.

Perkara ini mungkin berikutan daripada isu ketirisan data kepada pihak kerajaan yang berpengkalan di Asia. HMD telah memandang serius kepada isu ini dan bertindak untuk meningkatkan mutu pengurusan data pengguna dengan lebih baik lagi.

Sumber : Amanz