Talian Hotline Larangan Merokok Disekat, Ini Kenyataan Terkini KKM

Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan selalu menggandakan usaha untuk mengurangkan masyarakat dari kesan negatif rokok. Justeru pelbagai cara serta kaedah dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat berkenaan termasuklah menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di kawasan restoran di tempat awam.

Lalu talian hotline diwujudkan untuk memudahkan orang awam membuat aduan melalui nombor +60108608949. Namun nombor berkenaan tidak dihubungi kerana telah disekat oleh aplikasi WhatsApp.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikutan perkara ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka sebenar tadi. Menurut Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, sekatan terbabit terjadi kerana terdapatnya aduan daripada orang awam yang mendakwa bahawa talian hotline itu telah melanggar terma dan syarat WhatsApp.

Oleh yang demikian kerana, pihak kementerian akan mengadakan perbincangan bersama Syarikat Facebook dalam waktu yang terdekat bagi mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 

Sumber : SiakapKeli