Hanya 24% Pengguna Di Malaysia Percaya Bahawa Data Peribadi Mereka Dilindungi Oleh Perkhidmatan Digital

Hari ini, pihak Microsoft Malaysia telah berkongsikan kajian mereka yang bertajuk Memahami Kepercayaan Pengguna Dalam Perkhidmatan Digital di Asia Pasifik . Menerusi kajian ini mereka mendedahkan hanya 24% pengguna di Malaysia percaya bahawa data peribadi mereka dapat dilindungi oleh pihak organisasi yang menawarkan perkhidmatan digital. Selebihnya tidak mempercayai perkhidmatan tersebut.

Kajian ini bertujuan untuk memahami tahap kadar kepercayaan pengguna pada perkhidmatan digital. Tinjauan ini turut mendedahkan pengalaman pengguna serta pandangan mereka terhadap organisasi. Perihal ini untuk membantu merapatkan jurang dan mengubah persepsi pengguna pada perkhidmatan perlindungan data peribadi secara digital. Melalui tinjauan juga terdapat cadangan berhubung peranan kecerdasan buatan, kerajaan bagi membina keyakinan pada organisasi dan kreadibiliti organisasi sendiri dalam penguasaan teknologi sedia ada.

Melalui kajian ini, kecerdasan buatan dilihat dapat memainkan peranan pada kehidupan seharian dan sewaktu bekerja. Berikut kita dapat lihat pelbagai organisasi menyediakan perkhidmatan digital dan memanfaatkan keupayaan kecerdasan buatan pada perkhidmatan mereka. Oleh itu, penekanan pada teknologi perlu diutamakan.

Apabila ia datang untuk memupuk kepercayaan dalam teknologi kecerdasan buatan, pengguna berpendapat bahawa kerajaan (44%) dan syarikat teknologi (29%) harus memimpin dalam memastikan kecerdasan buatan digunakan dengan cara yang dipercayai.

Manakala, bagi tahap kepercayaan dalam organisasi juga perlu dibentuk. Perihal ini sekali gus dapat menyakinkan pengguna terhadap pemahaman dan fungsi sebenar perkhidmatan digital yang ditawarkan kepada pengguna.

Tinjauan mendapati bahawa pengguna di Malaysia merasa bahawa kerajaan (41%) harus memimpin dalam membangun kepercayaan, diikuti oleh syarikat teknologi (27%) dan masyarakat (19%), menunjukkan keperluan untuk perkongsian yang lebih kukuh antara kerajaan, syarikat teknologi dan pemegang kepentingan yang lain.

Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kepercayaan kepada orang awam. Penekanan terhadap membangunkan kepercayaan tersebut perlu diperkukuhkan lagi. Bagi mengetahui maklumat lanjut, anda boleh layari pada pautan rujukan kajian dibawah.

Layari: Microsoft – Tahap Kepercayaan Pengguna Terhadap Perkhidmatan Digital

Sumber : Amanz