Bahaya Simpan Makanan Dimasak Dalam Peti Sejuk Lebih Dari Empat Hari, Ini Alasannya

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk menyimpan makanan sudah dimasak yang tidak habis di makan di dalam peti ais. Ini kerana ia adalah membazir jika dibuang dan boleh dipanaskan semula nanti.

Akan tetapi, ramai yang tidak sedar akan bahaya jika makanan itu disimpan untuk tempoh yang terlalu lama.

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh USDA Food Safety melalui akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini, makanan sudah dimasak hanya boleh disimpan selama empat(4) sahaja.

Ini kerana makanan tersebut akan mula rosak jika tersimpan untuk tempoh yang lebih lama. Selain itu, makanan berkuah pula dinasihatkan untuk disimpan untuk tempoh maksima tiga(3) hari. Hal ini disebabkan oleh bakteria masih boleh membiak pada suhu peti sejuk.

Maka, jika anda mahu menyimpan makanan untuk tempoh yang lebih panjang, anda sepatutnya menyimpan makanan di bahagian sejuk beku. Itu pun hanya untuk tempoh dua ke tiga bulan sahaja.

Selain itu, bagi makanan bertin pula, pengguna perlu memerhatikan keadaan tin simpanan bagi memeriksa sama ada ia berkarat atau tidak. Adalah lebih baik jika anda mengeluarkan dahulu makanan itu dan simpan dalam bekas bertutup yang lain.

Sumber: USDA Food Safety

Sumber : SiakapKeli