Vivo Mungkin Memperkenalkan Telefon 5G Mereka Pada Minggu Hadapan

Acara MWC Shanghai akan berlangsung pada minggu hadapan, dimana sejumlah peranti dan teknologi baru dijangka diperlihatkan. Pihak Vivo turut tidak ketinggalan, dan kini telah hadir dengan gambar acah untuk acara mereka.

Daripada apa yang diperlihatkan, Vivo memberikan petanda mereka akan memperlihatkan produk memfokuskan 5G pada acara berkenaan. Ini sekaligus memberikan petanda yang mana Vivo turut mempertontonkan telefon 5G mereka kepada umum pada minggu hadapan.

Vivo 5G

Seperti ramai sedia maklum, rangkaian 5G masih tidak meluas lagi, namun dengan penawaran peranti dan sebagainya, ia mungkin membuatkan industri lebih bersedia beralih ke rangkaian generasi baru ini.

Selain peranti mudah-alih, antara peranti lain yang memfokuskan kepada 5G adalah termasuk kepada sokongan rumah pintar, mahupun peranti berhubung (IOT).

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat apakah yang bakal dibawakan oleh Vivo secara rasminya.

Sumber : Amanz