Xiaomi Mi 9T Dilihat Akan Membawakan Tanda Harga Serendah RM1099

Beberapa hari lepas kita telah melihat harga telefon pintar Xiaomi tertiris melalui laman Lazada. Menariknya, ia bukanlah harga akhir. Terkini, melalui laman sehenti yang disediakan di Lazada, Xiaomi Mi 9T dilihat akan ditawarkan pada harga serendah RM1099.

Xiaomi Mi 9T Lazada

Xiaomi Mi 9T hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 730, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi kamera pop-naik 20-megapixel, tri-kamera 48-megapixel dibelakang, dan bateri 4000mAh.

Daripada penyenaraian, Xiaomi dilihat akan menawarkannya pada harga RM1199, tetapi untuk pengenalan, diskaun RM100 diberikan sekaligus menjadikan harga jualannya RM1099.

Xiaomi Mi 9T

Pihak Xiaomi Malaysia menjadualkan pengenalan rasminya pada petang ini, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini.

Layari : Mi 9T Lazada

Sumber : Amanz