Youtube Bercadang Untuk Memindahkan Kesemua Kandungan Kanak-Kanak Ke Sebuah Platform Yang Berbeza

Youtube pada saat ini mempunyai sejumlah kandungan yang tidak terkawal, sekaligus membuatkannya tidak mesra untuk digunakan kepada golongan kanak-kanak. Melihat daripada isu, Google dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk mengasingkan kesemua kandungan kanak-kanak di dalam Youtube ini, dan memindahkannya ke aplikasi Youtube Kids.

Menurut Wall Street Journal, pengalihan ini sedang dibincangkan secara tertutup oleh unit eksekutif di Google, yang mana mencadangkan idea untuk memindahkan kesemua kandaungan kanak-kanak ini ke Youtube Kids. Tindakan ini dibuat sebagai langkah untuk menjaga ketenteraman kanak-kanak, yang mana sering menjadi mangsa kepada kandungan yang tidak bermoral pada halaman Youtube.

YouTube Kids

Beberapa tenaga kerja di Youtube juga telah mencadangkan kepada pihak eksekutif Google dalam mematikan kesemua fungsi ‘autoplay‘ pada platform video ini. Video yang disarankan mungkin mempunyai kandungan yang tidak sesuai, sekaligus merisaukan penjaga dan ibu bapa untuk membiarkan kanak-kanak berada di platform ini.

Dengan pengalihan video kanak-kanak ke aplikasi Youtube Kids, kanak-kanak akan difokuskan kepada kandungan yang direka untuk mereka sahaja. Ia dapat mengelakkan kandungan yang mempunyai bahasa kesat dan imej seksual daripada disenaraikan pada halaman carian.

Proses pemindahan kandungan ini walau bagaimanapun tidak diberikan sebarang tarikh perlaksanannya. Namun dengan melihat apa yang dikongsikan oleh Google, mereka sememangnya berusaha dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan moral pengguna.

Sumber : Amanz