Tak Percaya Suami ‘Raja Malaysia’ Sebenar, Isteri Sultan Muhammad V Garap Momen Cinta Buat Tatapan Rakyat

Permaisuri kepada Sultan Kelantan, Rihana Oksana Petra dilihat semakin aktif berkongsi perkembangan hidupnya bersama Sultan Muhammad V melalui media sosial.
Terkini, bekas ratu cantik Moscow itu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pada 21 May lalu, telah berkongsi detik-detik pertemuan awal bersama baginda yang telah menarik perhatian ramai netizen.

Pertemuan semasa musim bunga

Beliau memberitahu bahawa perkenalan mereka bermula pada tahun 2017 dimana ketika itu Sultan Muhammad V dan dirinya bertemu pada musim bunga di Eropah.

Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah.

Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

Tak tahu suami adalah raja sebenar

Rihana yang menganggap suaminya itu sekadar bergurau, turut berjenaka dengan mengatakan bahawa dirinya adalah seorang ratu di Moscow.

Mereka juga sempat bertukar nombor telefon dan tidak lama selepas itu barulah Rihana mengetahui bahawa suaminya adalah seorang raja sebenar.

Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon.

Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan..

View this post on Instagram

Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan For many people, the story of our first meeting with my husband remains to be a mystery. We met in spring 2017 in Europe. At that time I cooperated with our common friend jeweler Jacob Arabo. After the event, we went for dinner, where I met a man, and he introduced himself as king of Malaysia. I took it as a joke and joked back that I was also the queen of Moscow. We talked all evening and exchanged phone numbers. Soon there were news appeared about the appointment of the king, who was my new friend… to be continued Для многих людей остаётся загадкой история нашего знакомства с мужем. Это случилось в Европе, весной 2017 года. На тот момент я сотрудничала с нашим общим знакомым ювелиром Джейкобом Арабо. После мероприятия мы отправились на ужин, где я познакомилась с мужчиной, и он представился королем Малайзии. Я восприняла это как шутку и пошутила в ответ, что я тоже королева Москвы. Мы проговорили весь вечер и обменялись номерами телефонов. Вскоре в прессе появились новости о назначении короля, которым и был мой новый знакомый… продолжение следует

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Pada November tahun lalu, berita perkahwinan antara Sultan Kelantan dengan ratu cantik Moscow ini menjadi isu panas susulan penularan gambar perkahwinan mereka yang tersebar di media sosial.

Pada 21 Mei lalu, seorang putera yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra telah selamat dilahirkan.

Sumber : rihanapetra

Sumber : SiakapKeli