Iran Lancar Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu

TEHRAN, 20 Jun (Bernama) — Iran telah melancarkan Terminal Salam dalam usaha meningkatkan kelancaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini (IKA) sebanyak 80 peratus, lapor agensi berita China Xinhua memetik lama sesawang berita harian Eghtesadonline pada Rabu.

Terminal baharu itu, yang mempunyai kapasiti mengangkut lima juta penumpang setiap tahun, dibuka secara rasmi dengan kehadiran Presiden Hassan Rouhani.

Menteri Jalan Raya Iran, Mohammad Eslami, berkata penerbangan antarabangsa akan mula beroperasi dari Terminal Salam pada 22 Jun.

Dibangunkan sepenuhnya oleh jurutera domestik, Terminal Salam dikatakan merupakan kemudahan lapangan terbang “pintar” pertama Iran yang menggunakan rekaan dan teknologi canggih.

Pada masa ini, laluan domestik Iran dikendali di Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Tehran.

Bagaimanapun, Tehran merancang agar penerbangan domestik beroperasi di Terminal Satu IKA.

Menurut laporan itu, IKA menyaksikan lebih sembilan juta penumpang tahun lepas.

Sumber: BERNAMA

Sumber : SiakapKeli