Tragis, Niat Nak Ajak Mak Keluar Malam Tu Tapi Apakan Daya Sekali Tiga Jenazah ‘Jemput’ Depan Pintu

Kehilangan orang tersayang terutamanya yang pergi secara tiba-tiba pasti meninggalkan kesan luka yang mendalam bagi sesiapa pun. Namun, siapalah kita mampu melawan takdir Allah. Seperit mana pun dugaan, segala ujian yang datang harus diterima dengan berlapang dada.

Seperti coretan pilu oleh seorang gadis di Twitter yang dikenali sebagai Wanny Hazwany apabila kehilangan ibunda tercinta. Malah, bukan sahaja ibu tetapi kakak dan seorang anak saudaranya juga turut terkorban dalam satu kecelakaan jalan raya.

Lebih meruntun hati, dia hanya mengetahui tragedi yang menimpa ahli keluarganya itu apabila pulang ke rumah setelah habis kerja. Niat mahu mengajak ibu keluar malam tersebut berakhir dengan tangisan apabila melihat jasad ketiga-tiga mereka berada di ruang tamu. Hiba!

”Sampai rumah, tengok rumah penuh orang..”

”Adik masih dirawat di ICU..”

”Langgar kenderaan arah bertentangan”

”Beg dan dompet pemberian terakhir untuk mak dan kakak dipenuhi darah..”

”Handphone kakak hilang sewaktu kemalangan, sila pulangkan”

Keadaan kereta yang terlibat kemalangan

Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih dan kata semangat kepada gadis ini supaya menerima dugaan ini dengan tabah.

”Allah lebih sayangkan mereka”

”Saya kuat demi abah dan adik saya”

”Saya faham perasaan kehilangan itu kerana pernah merasainya..”

”Semoga awak kuat dengan ujian ini”

Sumber : Wannyhazwany

Sumber : SiakapKeli