“Kata Serve ‘No Pork’ Tapi Sekali Sekala Goreng Babi,” Wanita Mualaf Cerita Pengalaman Kerja Restoran Cina

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isu halal produk minuman jenis milk tea dan pearl menjadi salah satu isu hangat rakyat Malaysia ketika iniTerbaru, timbul lagi isu logo halal yang melibatkan tindakan berani sesetengah premis makanan terutamanya dalam kalangan bukan Islam yang memaparkan logo ‘No Pork’ di premis perniagaan mereka. Untuk pengetahuan umum, halal dan no pork adalah sangat berbeza.

Janganlah pula kita sesuka hati masuk ke premis yang makanan yang memaparkan logo no pork itu boleh dianggap sebagai halal. Sebagai umat Islam, kita perlu lebih sensitif isu ini.

Gambar Google

Ini cerita daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya pernah bekerja di kedai bukan Islam sewaktu dia belum memeluk agama Islam. Jom baca perkongsian menarik ini daripada Alyyssia Affandi.

“Suka makan di tempat yang tertulis “serve no pork”, hati-hatilah jangan ambil mudah”

Nasihat saya kepada yang beragama Islam sahaja yang suka makan di tempat yang tertulis “serve no pork” hati hati lah jangan ambik mudah. Betul, menu makanan dan minuman tiada babi, tetapi kamu yakin kuali dan minyak tidak digunakan untuk mengoreng dan masak babi?

Pengalaman saya sendiri bekerja di restoran cina sebelum masuk Islam, dia kata serve no pork tetapi sekali sekala dia goreng babi di minyak pengoreng chicken chop dan guna pisau yang sama potong daging babi yang siap di goreng untuk makanan sendiri. Ayam dan daging dah tentu tidak halal, dah bukan Islam yang sembelih.

Lagi satu, jangan ingat ada staff bertudung terus kamu cop tu kedai halal. Pengalaman saya sendiri juga di Sarikei dulu, tauke ambik pekerja Indonesia Islam bekerja di restoran. Hari pertama bekerja, staff Indonesia tu kata dia tidak makan babi dan haram bagi Islam, tapi tu tauke boleh gelak cakap ” u jangan makan babi lah, ada ayam” tapi kuali dan sudip di gunakan tempat goreng babi.

Kamu tahu, rahsia mee cina sedap kebanyakkan menggunakan minyak babi. Pastikan betul betul ada logo halal yang di sahkan oleh jakim baru masuk.

Kejadian ni saya sendiri pernah rasa beberapa tahun lepas. Tempat viral. Bawa suami dan anak anak makan ke sana. Orang cakap halal. Nasib saya punya oder sup Tom yam (serve no pork) dulu sampai di meja, sekali rasa sup babi bukan sup ikan asli. Saya terus bawa suami dan anak balik tapi tetap bayar biarpun tak makan.

Mula dari itu saya tidak masuk dah kedai bukan Muslim kalau tiada logo halal. Kenapa saya boleh tahu? Lapan belas tahun saya pernah makan babi takkan rasa minyak dan sup babi itu boleh hilang dalam ingatan dalam beberapa tahun saja saya masuk Islam.

Gambar Google

Baginya, ini bukan cara untuk menakutkan sesiapa tetapi dia memberitahu perkara yang dia pernah lalui dahulu. Terserah kepada anda untuk memilihnya, yang pasti tepuk dada tanya selera. Hanya untuk Muslim sahaja ya, bagi yang bukan Islam jangan marah sebab kebenarannya babi memang makanan anda tetapi haram bagi umat Islam.

Sumber: Allyssia Affandi

Sumber : SiakapKeli